PruBSN CrisisCover



KONSEP TAKAFUL 
Takaful adalah suatu konsep saling membantu yang berasaskan prinsipprinsip perkongsian tanggungjawab, kerjasama dan kepentingan
bersama. Setiap peserta menyumbang berdasarkan Tabarru’ (derma)
ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain
apabila diperlukan.


Kerana anda patut menerima yang terbaik
Ramai antara kita tidak sedar tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Kita
sering mendengar tentang berlakunya peristiwa-peristiwa yang tidak dijangka
hampir setiap hari di dalam kehidupan seharian kita. Berapa kerapkah anda
mendengar rakan atau ahli keluarga yang jatuh sakit, dan mendapati dirinya
disahkan mengidap penyakit kritikal?
Tanpa perlindungan yang secukupnya, kita kadang kala berasa tidak berdaya
apabila dilanda musibah. Bersiap sedia dengan satu perancangan kewangan
adalah satu langkah bijak yang perlu diambil sekarang. Hidup anda amat
berharga. Bukan hanya kepada anda, tetapi juga kepada mereka yang anda
kasihi. Satu perancangan kewangan yang baik akan membantu anda di saat
memerlukan, membolehkan anda memberi tumpuan untuk pulih, manakala
hal-hal lain diuruskan untuk anda.


Temui satu pelan kewangan yang memberi anda 
yang terbaik
PruBSN CrisisCover adalah satu pelan yang dihasilkan dengan teliti untuk
melindungi anda dan orang tersayang daripada krisis kewangan sekiranya
kejadian yang tidak diingini berlaku. Penyakit-penyakit kritikal seperti serangan
jantung, kanser, penyakit arteri koronari, strok, kegagalan buah pinggang,
penyakit hati kronik adalah antara penyakit-penyakit berkaitan yang dilindungi,
serta kehilangan nyawa dan hilang upaya penuh dan kekal.*
Selain daripada itu, anda juga boleh mengambil perlindungan tambahan untuk
mengukuhkan lagi tahap perlindungan anda.
PruBSN CrisisCover. Bantuan di saat anda paling
memerlukannya.


Bagaimana PruBSN CrisisCover membantu anda








































Apakah yang boleh dilakukan untuk 
mempertingkatkan PruBSN CrisisCover anda?


Anda boleh mempertingkatkan manfaat-manfaat PruBSN CrisisCover anda 
untuk melindungi anda daripada kehilangan pendapatan menerusi pilihanpilihan berikut dengan sumbangan tambahan.






















Siapakah yang boleh mengambil PruBSN CrisisCover?

  • Anda boleh mengambil pelan ini seawal usia 19 tahun pada hari lahir akan datang selagi anda belum mencapai usia 65 tahun pada tarikh hari lahir akan datang. 
  • Anda juga boleh mula melindungi anak anda seawal usia 30 hari.

Berapakah sumbangan bagi PruBSN CrisisCover?
Sumbangan bulanan minimum untuk pelan ini ialah RM20. Walau
bagaimanapun, sumbangan sebenar adalah tertakluk kepada yang
berikut:
Umur anda
Jumlah dan tempoh perlindungan anda
Status kesihatan anda
Jantina anda
Kaedah pembayaran anda
Kekerapan pembayaran anda sama ada bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan


Bagaimanakah PruBSN CrisisCover 
melindungi anda
PruBSN CrisisCover adalah berlandaskan model Wakalah Mudharabah
yang mana kami memasukkan sumbangan anda ke dalam akaun anda
setelah kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai caj Wakalah. Ini
merupakan yuran bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan.
Mudharabah membolehkan anda berkongsi sebarang keuntungan pelaburan
daripada akaun anda dan dana Tabarru’. Anda akan menerima 80% daripada
keuntungan tersebut manakala kami pula akan menerima 20% daripadanya.
Bahagian anda akan dimasukkan semula ke dalam akaun anda dan dana
Tabarru’.

Butir-butir tentang caj Wakalah dan caj-caj lain yang berkaitan disenaraikan
di dalam jadual di bawah.


















Nota-nota:

  •  Caj Wakalah Terdahulu adalah untuk sijil-sijil dengan tempoh selama  20 tahun atau lebih. Bagi sijil-sijil dengan tempoh kurang dari 20 tahun, caj akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan untuk maklumat yang lebih terperinci. 
  • Perlindungan takaful datang dari Tabarru’ (derma) anda yang kami masukkan ke dalam Dana Tabarru’. Sebarang lebihan* dari Tabarru’ akan dikembalikan kepada anda setelah kami mengasingkan satu jumlah sebagai rizab luar jangka.

* Termasuk lebihan pengunderaitan dan perkongsian anda di dalam
keuntungan pelaburan Tabarru’.

Apakah yang tidak dilindungi di bawah 
PruBSN CrisisCover?
PruBSN CrisisCover tidak melindungi situasi-situasi berikut. Sekiranya salah
satu daripada situasi berikut berlaku, manfaat-manfaat yang ditawarkan di
bawah pelan ini tidak akan dibayar kepada anda.
  • Jika tanda-tanda penyakit kritikal dilihat di dalam tempoh yang dinyatakan dari tarikh permulaan sijil*

         - 60 hari bagi serangan jantung, penyakit jantung arteri koronari yang memerlukan pembedahan, kanser
             atau penyakit-penyakit jantung arteri koronari serius lain.
        - 30 hari bagi penyakit-penyakit kritikal yang lain
  • Jika penyakit kritikal tersebut merebak daripada keadaan yang telah wujud sebelum ini.
  • Jika penyakit kritikal tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh AIDS yang diperolehi atau sebarang jangkitan HIV, kecuali AIDS yang menyeluruh atau disebabkan oleh pemindahan darah.
  • Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri di dalam tempoh setahun dari tarikh permulaan sijil.
  • Jika berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh disebabkan percubaan membunuh diri dan kecederaan akibat perbuatan sendiri.
  • Jika hilang upaya penuh dan kekal terjadi kerana anda terlibat di dalam aktiviti udara berbahaya (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) melainkan anda adalah sebahagian daripada anak kapal atau penumpang yang membayar di dalam pesawat komersial berlesen yang beroperasi pada laluan biasa dan ditetapkan.
  •  Jika anda tidak mendedahkan maklumat penting seperti sebarang penyakit yang telah anda hidapi sebelum ini dan sebagainya semasa anda memohon pelan ini.
*Tertakluk pada terma dan syarat.  Sila rujuk kepada 
lampiran untuk maklumat lanjut.

Nota-Nota Penting:
  1. Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad. Sila rujuk kepada dokumen-dokumen sijil untuk maklumat terperinci.
  2. Risalah ini diterbitkan semata-mata untuk maklumat dan tidak berkaitan dengan matlamat-matlamat kewangan, situasi dan keperluankeperluan tertentu bagi mana-mana individu tertentu.
  3. Anda berhak mendapat pelepasan cukai individu dari segi sumbangan anda sehingga RM6,000 setahun apabila anda mengambil bahagian di dalam pelan ini, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  4. Pulangan daripada akaun anda akan ditentukan berdasarkan prestasi sebenar akaun tersebut dan tidak dijamin.
  5. Risiko pelaburan akaun anda akan ditanggung sepenuhnya oleh anda dan, manfaat-manfaatnya mungkin kurang daripada jumlah sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun.
  6. Anda hendaklah terus membayar sumbangan anda secara tetap sehingga penghujung tempoh perlindungan anda untuk memastikan anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan membuat pembayaran ini mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya. 
  7. PruBSN CrisisCover tidak menyediakan sebarang jumlah manfaat daripada Dana Tabarru’ pada penamatan, tamat tempoh atau kematangan sijil.
  8. Pelan ini boleh dibatalkan melalui permintaan bertulis kepada kami di dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh penghantaran dokumendokumen sijil, yang mana kami akan membayar balik sumbangan yang diterima daripada anda selepas ditolak sebarang caj pemeriksaan perubatan yang dikenakan semasa menilai risiko di bawah sijil.
  9. Mengambil bahagian di dalam pelan takaful keluarga adalah satu komitmen jangka panjang. Penamatan awal sijil selalunya melibatkan kos-kos yang tinggi dan nilai serahan yang akan dibayar kepada anda mungkin kurang daripada jumlah sumbangan keseluruhan yang telah anda bayar. 

Penyakit Kritikal Sebanyak 36 Penyakit Kritikal dilindungi


  1. Serangan jantung
  2. Trauma kepala yang teruk
  3. Strok
  4.  Kanser
  5. Kegagalan buah pinggang
  6. Lumpuh
  7. Pemindahan organ utama
  8. Skelorisis berbilang
  9. Hepatitis virus fulminan
  10.  Kehilangan anggota badan
  11. Koma
  12. Buta
  13. Penggantian injap jantung
  14.  Pembedahan aorta 
  15. Penyakit Alzheimer
  16. Pekak
  17. Hilang daya pertuturan
  18. Luka terbakar utama
  19.  Penyakit yang boleh membawa maut
  20. AIDS disebabkan oleh pemindahan darah
  21. Penyakit neuron motor
  22.  Penyakit Parkinson
  23.  Penyakit hati kronik
  24.  Penyakit paru-paru kronik
  25.  Anemia aplasia
  26. Distrofi otot
  27. Poliomielitis
  28. Meningitis bakteria
  29. Tumor otak tidak berbahaya
  30. Ensefalitis
  31. AIDS yang menyeluruh
  32. Sindrom Appalic
  33. Pembedahan otak
  34. Penyakit-penyakit arteri koronari serius yang lain
  35. Penyakit arteri koronari yang memerlukan pembedahan
  36. Hipertensi arteri pulmonari utama



Ketahui bagaimana cara terbaik untuk melindungi 
keluarga anda dan diri anda sendiri menerusi satu pelan 
yang lengkap dan sesuai yang dirumus khas untuk anda. 
Dapatkan yang terbaik daripada kami di Prudential 
BSN Takaful. Hubungi mana-mana kakitangan atau ejen 
kami untuk perundingan sepenuhnya dan dapatkan 
perlindungan yang sesuai untuk diri anda hari ini.  








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...