PruBSN Protect

Lindungi hak dan keutamaan kita. 
Lindungilah yang tersayang


KONSEP TAKAFUL
Takaful ialah satu konsep saling membantu
yang berasaskan prinsip-prinsip perkongsian
tanggunggungjawab, kerjasama dan kepentingan
bersama. Setiap peserta menyumbang berdasarkan
Tabarru’ (derma) ke dalam dana yang akan digunakan
untuk membantu satu sama lain apabila diperlukan.


Mereka yang tersayang bergantung kepada kita


Di dalam apa jua yang kita lakukan, kita melakukannya untuk satu
matlamat khusus. Matlamat untuk mencapai ketenangan minda
pada usia emas dan meninggalkan warisan kepada yang tersayang.
Inilah pemberian terbaik yang dapat kita berikan kepada mereka.
Namun, apakah yang akan kita lakukan jika kejadian yang tidak
diingini berlaku di dalam hidup kita? Tanpa satu pelan yang baik,
kita membiarkan mereka yang tersayang tanpa punca pendapatan
untuk meneruskan kehidupan mereka.
Adalah penting untuk mempunyai satu perancangan kewangan
yang akan memberi anda dan mereka yang tersayang, perlindungan
sekiranya sesuatu yang tidak diduga terjadi di dalam kehidupan kita.

Dengan PruBSN Protect, hidup diteruskan


PruBSN Protect membantu anda bersedia untuk menghadapi
kejadian yang tidak diingini seperti kematian atau kehilangan upaya.
Walaupun pendapatan anda terhenti, PruBSN Protect mampu
membantu anda dan yang tersayang untuk meneruskan kehidupan
dengan menyediakan sumber kewangan.
Melalui pelbagai jenis komitmen, anda boleh memilih pelan yang
khusus mengikut kehidupan dan keperluan anda. Perlindungan
yang inovatif ini juga mengambil kira semua kemungkinan di dalam
menyediakan pelan yang khusus supaya anda dan keluarga anda
dapat meneruskan kehidupan anda.
PruBSN Protect. Pelan yang memikirkan kehidupan harian anda.


Bagaimanakah PruBSN Protect dapat
membantu anda?



Perlindungan kewangan untuk keluarga anda
Memberikan keluarga anda wang tunai jika
anda meninggal dunia supaya mereka dapat
meneruskan kehidupan mereka.


Perlindungan kewangan untuk anda
Memberikan anda wang tunai jika anda tidak
lagi dapat mencari nafkah kerana hilang upaya
kekal dan menyeluruh.


Perlindungan kewangan di dalam menghadapi inflasi
Dengan PruBSN Protect Plus, jumlah
perlindungan anda meningkat 5% setiap
3 tahun (seperti yang tertera dalam carta
di mukasurat 13) dengan itu, memberi
perlindungi terhadap inflasi.


Meninggalkan warisan buat yang tersayang
Menjamin kesejahteraan kewangan orang
tersayang sekiranya anda meningggal dunia.


Menjamin lanjutan perniagaan anda
Memberi pampasan kepada rakan niaga anda
akibat kehilangan anda sebagai rakan kongsi

Sumbangan minimum bagi manfaat yang menyeluruh
Memastikan perlindungan kewangan
sepenuhnya dengan sumbangan serendah
RM0.67 sehari!

Jaminan tempat tinggal bagi keluarga anda
Gunakan wang tunai dari pelan ini untuk
menyelesaikan gadai janji rumah anda untuk
menjamin tempat tinggal keluarga anda
sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku
kepada anda.

Selamatkan mereka yang tersayang dari bebanan kewangan
Gunakan wang tunai dari pelan ini untuk
menyelesaikan hutang-piutang anda dan
hindarkan mereka yang tersayang dari bebanan
kewangan masa hadapan.

Pilihlah perlindungan yang sesuai untuk anda.


ProtectPlus
Carta berikut memberi gambaran peningkatan jumlah perlindungan dengan 
PruBSN Protect Plus.
Jangkaan Jumlah Perlindungan

Bagaimana anda dapat meningkatkan lagi perlindungan PruBSN Protect anda

Anda boleh meningkatkan manfaat PruBSN Protect dengan pilihan-pilihan berikut 
dengan sumbangan tambahan.


Nota: AMR dan WI perlu diambil bersama-sama dengan ADD


Siapakah yang boleh menyertaiPruBSN Protect?

Anda boleh mengambil pelan ini seawal usia 19 tahun dan selagi anda belum 
mencapai usia 65 tahun pada tarikh hari lahir akan datang. 
Anda juga boleh mula melindungi anak anda seawal usia 30 hari.


Berapakah sumbangan bagi PruBSN Protect?
Sumbangan bulanan minimum untuk pelan ini ialah RM20. Walaubagaimanapun, 
sumbangan sebenar adalah tertakluk kepada yang berikut:
umur anda
jumlah dan tempoh perlindungan anda
status kesihatan anda
pekerjaan anda (jika berkenaan)
jantina anda
kaedah dan kekerapan pembayaran anda

Bagaimana PruBSN Protect dilaksanakan
PruBSN Protect adalah berlandaskan model Wakalah Mudharabah yang mana 
kami memasukkan sumbangan anda ke dalam akaun anda setelah kami mengambil 
sebahagian daripadanya sebagai caj Wakalah. Ini merupakan yuran bagi 
perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan. Mudharabah membolehkan 
anda berkongsi sebarang keuntungan pelaburan daripada akaun anda dan dana 
Tabarru’. Anda akan menerima 80% daripada keuntungan tersebut manakala kami 
pula akan menerima 20% daripadanya. Bahagian anda akan dimasukkan semula ke 
dalam akaun anda dan dana Tabarru’.

Butir-butir tentang caj Wakalah dan caj-caj lain yang berkaitan disenaraikan di 
dalam jadual di bawah.

Nota: 
Caj Wakalah pendahuluan adalah untuk sijil-sijil dengan tempoh 
selama 20 tahun atau lebih. Bagi sijil-sijil dengan tempoh kurang daripada
20 tahun, caj akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan untuk 
maklumat yang lebih terperinci. 

Perlindungan takaful datang dari Tabarru’ (derma) yang kami masukkan ke dalam 
dana Tabarru’. Sebarang lebihan* dari dana Tabarru’ akan dikembalikan kepada 
anda setelah kami mengasingkan satu jumlah sebagai rizab luar jangka.
* Termasuk lebihan pengunderaitan dan perkongsian anda di dalam keuntungan pelaburan dana Tabarru’.













Apakah yang tidak dilindungi di bawah PruBSN Protect?
PruBSN Protect tidak akan memberi perlindungan untuk situasi-situasi berikut. 
Sekiranya ini berlaku, manfaat-manfaat yang disediakan di bawah pelan tidak 
akan dibayar kepada anda.
  • Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri di dalam tempoh setahundari tarikh permulaan sijil.
  • Jika hilang upaya penuh dan kekal terjadi akibat percubaan membunuhdiri dan kecederaan akibat perbuatan sendiri.
  • Jika hilang upaya penuh dan kekal terjadi kerana anda terlibat di dalam aktiviti udara berbahaya (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) melainkan anda adalah sebahagian daripada anak kapal atau penumpang yang membayar di dalam pesawat komersial berlesen yang beroperasi pada laluan biasa dan ditetapkan.
  • Jika anda tidak mendedahkan maklumat penting seperti sebarangpenyakit yang telah anda hidapi sebelum ini dan sebagainya semasa anda memohon pelan ini
Nota-nota Penting: 
  • Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan Prudential BSNTakaful Berhad. Sila rujuk kepada dokumen-dokumen sijil untuk maklumat terperinci.
  •  Risalah ini diterbitkan semata-mata untukmaklumat dan tidak berkaitan denganmatlamat-matlamat kewangan, situasi dan keperluan-keperluan tertentu bagi mana-mana individu tertentu.
  • Anda berhak mendapat pelepasan cukai individu dari segi sumbangan andasehingga RM6,000 setahun apabila anda mengambil bahagian di dalam pelan ini, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • Pulangan daripada akaun anda akan ditentukan berdasarkan prestasi sebenar akaun tersebut dan tidak dijamin.
  •  Risiko pelaburan akaun anda akan ditanggung sepenuhnya oleh anda dan, manfaat-manfaatnya mungkin kurang daripada jumlah sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun.
  • Anda hendaklah terus membayar sumbangan anda secara tetap sehinggapenghujung tempoh perlindungan anda untuk memastikan anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan membuat pembayaran ini mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya. PruBSN Protect tidak menyediakan sebarang jumlah manfaat daripada dana Tabarru’ pada penamatan, tamat tempoh atau kematangan sijil.
  •  Pelan ini boleh dibatalkan melalui permintaan bertulis kepada kami di dalamtempoh lima belas (15) hari dari tarikh penghantaran dokumen-dokumen sijil, yang mana kami akan membayar balik sumbangan yang diterima daripada anda selepas ditolak sebarang caj pemeriksaan perubatan yang dikenakan semasa menilai risiko di bawah sijil.
  • Mengambil bahagian di dalam pelan takaful keluarga adalah satu komitmen jangka panjang. Penamatan awal sijil selalunya melibatkan kos-kos yang tinggi dan nilai serahan yang akan dibayar kepada anda mungkin kurang daripada jumlah sumbangan keseluruhan yang telah anda bayar.


Ketahuilah bagaimana untuk melindungi diri dan keluarga anda 
melalui satu pelan yang menyeluruh dan sesuai yang direka khas 
untuk anda. Dapatkan pelan yang paling sesuai untuk anda dan 
keluarga daripada kami. Hubungilah kakitangan atau ejen kami 
untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pilihlah perlindungan 
yang terbaik untuk anda hari ini. 











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...