Takaful Puteri


TAKAFUL PUTERI

Penghargaan kepada Kaum Wanita



Peranan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai
seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai
seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala yang anda hadapi.

Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.

Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.

Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan suatu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.

Memperkenalkan Takaful Puteri

Takaful Puteri adalah suatu rider yang dicipta khas yang memberi anda perlindungan terhadap kesan kewangan akibat rawatan perubatan yang mahal yang berkaitan dengan penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita. Rider ini boleh dikaitkan dengan Pelan Takafulink anda. Ia memberi anda perlindungan yang menyeluruh serta fleksibiliti yang amat sesuai untuk tujuan ini. Rider Takaful Puteri ini didapati dalam dua pelan yang istimewa:

1 - Takaful Puteri 
 Pelan ini memberi anda perlindungan terhadap pelbagai penyakit-penyakit yang dihadapi oleh
kaum wanita.

2 - Takaful Puteri Plus 
 Pelan ini dicipta khas untuk memberi anda perlindungan yang MENYELURUH dan banyak lagi. Selain
daripada penyakit-penyakit yang dihadapi oleh kaum wanita, ia juga memberi perlindungan
terhadap kerumitan semasa tempoh hamil dan penyakit kongenital bayi.

..............................................................................................................................................................

Apakah Manfaat-Manfaat Yang Anda Akan Terima?

Kami menyediakan pelbagai pelan untuk memenuhi keperluan anda.

Setiap tuntutan akan mengurangkan Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat. Apabila Jumlah Dilindungi bagi Tempoh Hayat ini telah

digunakan sepenuhnya, Takaful
Puteri akan terhenti.





Nota: 
Manfaat Penjagaan Wanita – Boleh dituntut hanya sekali di dalam tempoh hayat seseorang 
peserta.
Manfaat Penjagaan Ibu - Boleh dituntut hanya sekali di dalam tempoh hayat seseorang peserta. 
Boleh dituntut hanya selepas satu (1) tahun daripada tarikh Sijil Takaful atau pada tarikh 
penyambungan semula (untuk sijil yang luput).
Penyakit Kongenital Bayi – Boleh dituntut sekiranya bayi tersebut dapat bertahan lebih 30 hari 
selepas kelahiran dan diberi diagnosis di dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Siapakah Yang Layak Untuk Takaful Puteri?

Peserta wanita yang mempunyai Pelan Takafulink yang sedia ada adalah layak untuk memohon 
rider Takaful Puteri ini.

Takaful Puteri
Berumur di antara 19 dan 60 tahun pada tarikh lahir akan datang
• Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun
• Sekiranya anda ingin menerima perlindungan sehingga umur 60 tahun, umur anda mesti di antara 19 dan 50 tahun
Takaful Puteri Plus
Berumur di antara 19 dan 40 tahun pada tarikh 
lahir akan datang
• Syarat-syarat manfaat sehingga umur 60, 70 atau 80 tahun
• Manfaat-manfaat Penjagaan Ibu dibayarsehingga umur 50 tahun sahaja

Apakah bayaran yang dikenakan (2)?
Tabarru’
  • Jumlah yang rela dilepaskan oleh peserta untuk membantu menyumbang kepada manfaat semua peserta yang layak mendapat manfaat.
  • Dana tabungan untuk tujuan perpaduan dan kerjasama antara peserta dan digunakan untuk membantu semua peserta yang ditimpa kesusahan.
  • Dikenakan setiap bulan berasaskan usia, jantina, tabiat merokok dan jumlah dilindungi.
Caj Pengurusan Risiko
  • 30% daripada Jumlah Kasar Tabarru’
  • Untuk pengurusan risiko Dana Tabarru’
  • Ditolak dari Tabarru’ setiap bulan
(2) Yuran dan bayaran mungkin berbeza dari masa ke semasa dengan memberikan notis 90 hari.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkongsian Lebihan
Setiap peserta adalah berhak berkongsi lebihan pengunderaitan dan keuntungan pelaburan, jika ada.
Lebihan pengunderaitan dari Dana Tabarru’ akan diagihkan kepada peserta-peserta dengan 
mengkreditkan semula ke dalam ISA mereka dan membeli lebihan unit dalam PUA, manakala 
keuntungan pelaburan akan dikongsi di antara peserta-peserta dan syarikat sebanyak 70% dan 
30% masing-masing.

Apakah Pengecualian Tersebut?
Pengecualian umum tersebut ialah:-
Manfaat Penyakit Wanita
• Kecederaan yang disengajakan
• Peperangan, rusuhan, pemogokan atau kekacauan awam
• AIDS atau kehadiran sebarang jangkitan HIV
• Alkohol atau penyalahgunaan bahan / ketagihan
• Sebarang pelanggaran atau percubaan melanggar undang-undang atau menentang percubaan penangkapan
• Sebarang pembedahan elektif, kosmetik atau pembedahan plastik (melainkan diperlukan akibat kecederaan 
   dari kemalangan atau penyakit)
• Sukan profesional, sebarang jenis perlumbaan, penyelaman skuba, aktiviti-aktiviti sukan udara dan mana-
  mana aktiviti atau sukan yang merbahaya.

Yang boleh digunakan untuk Komplikasi Kehamilan dan Penyakit Kongenital Bayi sahaja 
adalah:
• Sebarang kehamilan akibat daripada rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan in-vitro
• Pilihan menamatkan  kehamilan selain daripada  sebab-sebab perubatan

Tempoh Hidup
Manfaat-manfaat hanya akan dibayar dengan syarat:
• Orang yang Dilindungi masih hidup 30 hari selepas penyakit-penyakit di bawah Manfaat Penjagaan Wanita 
   atau Kategori Pertama Manfaat Penjagaan Ibu didiagnosis.
• Anak kepada Orang yang Dilindungi masih hidup 30 hari selepas penyakit-penyakit di bawah Kategori 
   Kedua Manfaat Penjagaan Ibu didiagnosis.

Tempoh Menunggu
• Takaful Puteri boleh dibayar pada kejadian pertama penyakit masing-masing; dan simptom  pertama boleh 
   kelihatan selepas tempoh menunggu seperti yang ditetapkan oleh jadual di bawah. Tempoh menunggu 
   bermula dari tarikh Sijil Takaful atau tarikh penyambungan semula (untuk sijil yang luput).


Glosari Penyakit Wanita
Kami telah melampirkan satu deskripsi ringkas mengenai beberapa keadaan yang diliputi untuk 
memberi anda pemahaman yang lebih jelas terhadap penyakit-penyakit ini. Definisi ini adalah 
hanya satu contoh ringkas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada dokumen sijil.

Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis
 Satu penyakit di mana badan mengeluarkan antibodi-antibodi yang memusnahkan 
sistem kolagen badan (seperti kulit, tulang, ligamen dan rawan). Perlindungan 
adalah terhad kepada keadaan yang melibatkan buah pinggang.

Karsinoma-in-situ Payudara atau Uteri Serviks
 Keadaan sebelum kanser di mana kanser berkumpul dalam 
payudara/uteri serviks dan tidak tersebar ke bahagian badan yang 
lain.

Penyebaran Penggumpulan Intravaskular 
 Satu penyakit darah dengan pendarahan/pembekuan yang 
mengancam nyawa. Ia memerlukan rawatan plasma dan 
platelet. Perlindungan hanya akan diberi sekiranya keadaan 
muncul setelah 7 bulan mengandung.  

Kehamilan Luar Rahim 
 Kehamilan yang berlaku di luar uterus (rahim).

Sindrom Down
 Satu penyakit genetik di mana kanak-kanak dilahirkan dengan ciri-ciri fizikal tertentu dan 
keperluan-keperluan khas.









Kecacatan Septum Ventrikel
 Satu penyakit jantung kongenital (wujud sejak kelahiran) yang melibatkan satu lubang di
dinding pemisahan di antara bahagian bawah kiri dan kanan ruang jantung.

Kecacatan Septum Atrial
 Satu penyakit jantung kongenital yang melibatkan satu lubang di dinding pemisahan di
antara ruang kiri dan kanan jantung.

Spina Bifida
 Satu pembukaan di dalam tulang belakang yang dapat dilihat semenjak kelahiran,
disebabkan oleh kekurangan penyatuan vertebra. Ia mengakibatkan masalah saraf di
bahagian bawah badan (pinggul dan kaki).

Lelangit Rekah 
 Satu rekahan kongenital lelangit yang biasa dikaitkan dengan bibir kiri. Pembayaran hanya
akan dibuat untuk kes-kes lelangit rekah, atau lelangit rekah dan bibir rekah. Tuntutan untuk
bibir rekah sahaja tidak dibenarkan.




Rider Takaful Puteri adalah produk mematuhi Syariah


NOTA: Risalah ini hanya memberikan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai terma dan syarat, sila rujuk dokumen sijil anda.

PENAFIAN: Anda hendaklah memastikan bahawa produk ini sebaiknya-baiknya menepati keperluan anda dan sumbangan yang perlu dibayar di bawah sijil ini adalah jumlah yang mampu anda bayar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...