Takafullink Cerdik


Esok Yang Cemerlang Bermula Hari Ini.
Pelan perlindungan dan pendidikan kanak-kanak.

KONSEP TAKAFUL



Takaful ialah satu konsep saling membantu
yang berdasarkan prinsip-prinsip perkongsian
tanggunggung-jawab, kerjasama dan kepentingan
bersama. Setiap peserta akan memberi sumbangan
berasaskan Tabarru’ (derma) ke dalam dana yang akan
digunakan untuk membantu peserta tersebut serta
peserta-peserta lain pada masa yang diperlukan


Sediakan Pendidikan Sewajarnya untuk Anak Anda



Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga
yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun,
kos pendidikan di universiti yang semakin meningkat
dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka
menyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk
memastikan pendidikan anak-anak anda tidak terjejas.
Apabila anda memilih Takafulink Cerdik, anda pasti yakin
bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat
bermakna di dalam hidup anak anda. Tiada pelan lain
yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah
yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk
anda dan anak anda.


Bagaimana Pelan TAKAFULINK
CERDIK Berfungsi Untuk
Anak-Anak Saya? 




Lindungi Pendidikan dan Kesejahteraan
Masa Depan Anak Anda


Pelan Takafulink Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang
akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar
memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda, ia
juga memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut
masa.
Kini anda boleh memberi dua pemberian yang tidak ternilai untuk anak anda,
pendidikan dan perlindungan – dalam satu pelan kombinasi inovatif yang unik.

Pelan yang Memberi Anda Lebih Kefleksibelan (1)


  • Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda. 
  • Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat  tambahan yang lain. 
  • Wujudkan satu dana pendidikan yang mantap untuk anak anda dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat  kelulusan Shariah dan yang dapat memberi pulangan lebih  tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaun  simpanan bank.
  • Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM1,000.
  •  Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersedia  sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000.
(1)Tertakluk kepada terma dan syarat

Siapakah yang Boleh Menyertai Pelan
TAKAFULINK CERDIK?

Sesiapa yang mempunyai anak yang berusia diantara 2 minggu hingga
15 tahun boleh mendapatkan pelan ini. Ibubapa adalah pemilik sijil dan mereka 
akan memadankan pelan yang sesuai untuk manfaat anak-anak mereka.

Bagaimana Boleh Saya Memulakannya?

Pertama sekali, pastikan keperluan perlindungan anak anda, seperti perlindungan 
asas dan lain-lain manfaat opsional dan tambahan. Kemudian, tentukan amaun 
yang anda mampu ketepikan setiap bulan.

Manfaat Asas
Kematian: Kami akan membayar jumlah yang dilindungi dan nilai baki di dalam 
Akaun Unit Peserta (PUA) (2), Akaun Khas Individu (ISA)(3)
 dan Akaun Unit Pelaburan (IUA)(4)jika berlaku kematian. Jika kematian disebabkan oleh bunuh diri pada 
tahun pertama sijil, manfaat kematian tidak akan dibayar, namun nilai baki di 
dalam PUA, ISA dan IUA akan dikembalikan.

Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD): Jumlah perlindungan akan dibayar 
jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh kepada peserta sekiranya beliau 
belum mencapai umur 25 tahun. Unit-unit di dalam PUA, IUA dan nilai ISA akan 
kekal di dalam akaun anda. Kami tidak akan membayar manfaat ini sekiranya ia 
disebabkan oleh:
  • percubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa siuman atau tidak siuman
  • penglibatan dalam penerbangan udara (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang  membayar tambang di atas kapal terbang pembawa penumpang komersial yang berlesen dan beroperasi dalam laluan yang berjadual.
Sekiranya anak anda meninggal dunia atau mengalami TPD sebelum berusia
5 tahun, kami akan membayar sebahagian Jumlah Dilindungi seperti berikut:


Usia anak anda di hari lahir                      % Jumlah Dilindungi
akan datang
1 tahun                                                             20%
2 tahun                                                             40%
3, 4, 5 tahun                                                     60%, 80%, 100%


(2) PUA adalah akaun di mana unit-unit diperuntukkan, berdasarkan amaun berkaitan sumbangan yang 
      dibayar.
(3) ISA adalah akaun di mana sumbangan manfaat tambahan diperuntukkan.
(4) IUA adalah akaun yang diunitkan di mana Takaful Saver dan sumbangan tambahan tunggal 
      diperuntukkan.

Manfaat Opsional dan Tambahan
Sebagai tambahan kepada perlindungan asas yang disediakan di dalam 
pelan, anda boleh memilih untuk menambah manfaat opsional bagi 
mempertingkatkan lagi perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink 
Cerdik. Di antara rider yang disediakan dengan Takafulink Cerdik adalah: 

Rider melalui Potongan Sebahagian Unit (UDR)/
Manfaat Opsional
Crisis Shield
Rider melalui Sumbangan Berbayar (CPR)/Manfaat Tambahan
Compassionate Benefit
Accidental Death and Disablement
Medical Cover
Hospital Benefit
Crisis Cover Plus
Disability Provider
Takaful Saver
 Contributor
 Parent Contributor
 Takaful Saver Contributor
 Takaful Saver Parent Contributor
 Takaful Health
 Annual Limit Waiver
 Accidental Medical Reimbursement

Nota: Dengan memilih manfaat-manfaat opsional dan tambahan, unit-unit 
tambahan mungkin akan ditolak dari akaun anda dan prosid dikreditkan ke 
dalam Dana Tabarru’ (untuk UDR) atau sumbangan tambahan diperlukan
untuk CPR.

Bagi Keperluan Simpanan Anda

Kami juga akan membantu merancangkan simpanan anda dengan menyediakan 
beberapa dana bagi tujuan pelaburan anda.
Sebahagian daripada sumbangan anda akan diagihkan untuk membeli
unit-unit dari dana Takafulink yang anda pilih. Sumbangan ini diagihkan mengikut 
tahun sijil dan peratusan sepadannya.

Tahun Sijil         1        2        3            4         5 & 6       7 & ke atas
Pengagihan       40%   50%    65%      70%     90%        100%
Sumbangan

Jadual di atas adalah untuk sijil bertempoh 20 tahun ke atas. Untuk 
tempoh yang kurang daripada 20 tahun ia akan ditingkatkan dengan 
sewajarnya. Sila rujuk kepada sijil Takaful anda untuk keterangan lanjut.
Sijil ini mungkin melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan 
sebanyak RM3,000. 



Dana-Dana Takafulink

Pilihlah dana-dana Takafulink yang diluluskan oleh Shariah yang dapat memenuhi 
keperluan pelaburan dan daya toleransi risiko anda.

Takafulink Dana Bon
  • Bertujuan untuk memberi pengumpulan dana dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam sekuriti Shariah yang diluluskan. 
  • Untuk para peserta yang inginkan risiko rendah ke sederhana dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.
Takafulink Dana Urus 
  • Ini adalah satu dana yang diuruskan untuk memaksimumkan pulangan didalam jangkamasa sederhana ke panjang. Ia dicapai dengan pelaburan di dalam saham dan sekuriti berlandaskan Shariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon serta dana-dana Takafulink yang lain yang mungkin disediakan di masa hadapan. 
  • Dana ini adalah untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi sederhana ke tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.
Takafulink Dana Ekuiti 
  • Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam saham berkualiti tinggi Shariah yang diluluskan dan yang tersenarai di Bursa Malaysia. 
  •  Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang. 
Takafulink Dana Ekuiti Dinasti
  • Bertujuan untuk memberi pulangan dana dalam jangkamasa panjang dengan melabur di dalam pelaburan Shariah melalui pendedahan ke China dan wilayah sekitarnya. 
  • Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa panjang.
Lebihan Pengunderaitan & Perkongsian
Keuntungan Pelaburan

Setiap peserta layak menerima 70% daripada lebihan 
pengunderaitan dari Dana Tabarru’, sekiranya ada, 
manakala baki 30% akan diperuntukkan sebagai Rizab 
Luar Jangkaan di dalam Dana Tabarru’ tersebut. Lebihan
pengunderaitan ini akan diagihkan kepada para peserta 
dengan mengkreditkannya ke dalam ISA dan melalui 
pembelian unit tambahan di dalam PUA. Keuntungan 
pelaburan dari Dana Tabarru’ dan ISA akan dikongsi di 
antara para peserta dan PruBSN pada kadar 70:30


Apakah Cajnya (5) ?

Takafulink Cerdik adalah berdasarkan Model Wakalah di mana PruBSN akan 
menolak Caj Wakalah dari sumbangan sebelum ianya diagih/dikreditkan ke dalam 
PUA, ISA dan IUA. Untuk sijil/rider yang bertempoh 20 tahun ke atas, sila rujuk 
kepada jadual berikut: 

Tahun Sijil             1        2          3          4            5 &6             7 & seterusnya
Caj Wakalah        60%   50%     35%        30%      10%                –
Sekiranya tempoh sumbangan adalah kurang daripada 20 tahun, PruBSN akan 
mengurangkan caj dengan sewajarnya dan akan memperuntukkan peratusan 
yang lebih tinggi ke dalam akaun PUA dan ISA anda. 
Sebahagian daripada caj Wakalah akan digunakan untuk komisen ejen dan 
perbelanjaan berkaitan dengan pengedaran. 


(5) Yuran dan caj mungkin berubah dari masa ke semasa di mana tempoh notis 90 hari akan diberi.

Lain-lain caj termasuk:
Caj Perkhidmatan
Perbelanjaan perkhidmatan pensijilan yang akan didebitkan dari PUA.
RM5 dibayar setiap bulan.

Caj Pengurusan Aset
  • Terdiri daripada perbelanjaan pengurusan pelaburan bagi PUA dan IUA.
  • Caj ini dikenakan setiap hari berdasarkan nilai dana yang sepadan dan akandikemukakan di dalam harga unit. 
  • Bagi setiap Dana Takafulink, cajnya adalah seperti di bawah dan ia tertakluk kepada semakan pada masa hadapan:



Dana Takafulink                                                                Caj Pengurusan Aset (%)
Takafulink Dana Bon                                                            0.5% setiap tahun
Takafulink Dana Urus                                                           1.3% setiap tahun
Takafulink Dana Ekuiti                                                          1.5% setiap tahun
Takafulink Dana Ekuiti Dinasti                                               1.5% setiap tahun

Caj Pengurusan Risiko
  • 30% daripada Tabarru’ Kasar akan ditolak setiap bulan. Ini adalah caj bagi pengurusan risiko Dana Tabarru’. 
Tabarru’
  • Mewakili amaun yang sanggup disumbangkan oleh seseorang peserta bagi kebaikan bersama semua peserta yang layak menerima manfaat tersebut. 
  •  Levi bulanan adalah berdasarkan umur anda, jantina, adakah anda seorang perokok, kelas pekerjaan (sekiranya berkaitan) dan jumlah perlindungan.

Nota Penting

  1. Produk takaful ini terikat dengan prestasi aset-aset asas. Ia bukan satu produk pelaburan tulen seperti unit amanah.
  2. Sijil ini tidak akan memperuntukkan jumlah manfaat daripada Dana Tabarru’ pada penamatan, luput atau matangnya sijil ini.
  3. Manfaat dana pelaburan adalah berdasarkan prestasi sebenar dana itu dan ia tidak dijamin.
  4. Risiko pelaburan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemilik sijil dan manfaat yang diterima mungkin kurang daripada sumbangan yang disumbangkan di  dana pelaburan.
  5. Sekiranya anda ingin meneruskan perlindungan takaful apabila anda berhenti membuat sumbangan kepada pelan ini, adalah penting untuk anda memberi  kebenaran untuk memotong Tabarru’, Caj Perkhidmatan dan Caj Pengurusan  Risiko bagi Manfaat Pilihan (sekiranya ada) dan Manfaat Perlindungan  Tambahan (sekiranya ada) daripada akaun anda. Tanpa kebenaran ini, Manfaat  Pilihan dan/atau Manfaat Perlindungan Tambahan yang telah anda pilih akan dihentikan walaupun terdapat unit yang mencukupi di dalam akaun anda.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...