TAKAFULINK
Pelan Takaful berkaitan pelaburan yang fleksibel
bersesuaian dengan perubahan hidup anda.
KONSEP TAKAFUL
Takaful ialah satu konsep saling membantu
yang berdasarkan prinsip-prinsip perkongsian
tanggunggungjawab, kerjasama dan kepentingan
bersama. Setiap peserta akan memberi sumbangan
berasaskan Tabarru’ (derma) ke dalam dana yang akan
digunakan untuk membantu peserta tersebut serta
peserta-peserta lain pada masa yang diperlukan.
Dapatkan Kefleksibelan untuk
Menguruskan Keperluan Anda
yang Sentiasa Berubah
Hakikatnya adalah keperluan kita berubah dengan
masa. Apabila keperluan berubah, keutamaan juga akan
berubah. Apa yang penting adalah untuk menguruskan
keperluan kewangan anda mengikut keutamaan anda.
Pelan Takafulink Prudential BSN (PruBSN) adalah
pelan Takaful keluarga berkaitan pelaburan berasaskan
Shariah yang dirangka untuk menangani perjalanan
hidup yang tidak dapat diduga. Ia juga membolehkan
anda menguruskan kehidupan anda dengan penuh
kefleksibelan. Dengan mentaati nilai-nilai yang tersedia
ada, pelan ini juga membolehkan anda mengawal
perjalanan hidup anda dengan lebih teratur
Bagaimanakah Pelan
TAKAFULINK Dapat
Memanfaatkan Saya?
Untuk Perlindungan Anda
Kami akan membantu anda merancang paras
perlindungan yang sesuai bagi anda berdasarkan
apa yang ditawarkan oleh pelan Takafulink
Pelan Yang Memberi Anda Lebih Kefleksibelan (1)
- Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda.
- Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.
- Wujudkan satu dana persaraan yang mantap dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan yang dapat memberi pulangan lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaun simpanan bank.
- Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM1,000.
- Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersedia sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000.
- Sijil ini melayakkan anda menerima pengecualian cukai individu sehingga RM6,000 setahun.
Pelan TAKAFULINK?
Sesiapa yang berumur di antara 19 dan 60 tahun layak menyertai pelan ini. Anda
juga boleh mengambil pelan untuk anak anda yang berumur di bawah 19 tahun.
(1)Tertakluk kepada terma dan syarat
Bagaimana Boleh Saya Memulakannya?
Pertama sekali, pastikan keperluan perlindungan anak anda, seperti perlindungan
asas dan lain-lain manfaat opsional dan tambahan. Kemudian, tentukan amaun
yang anda mampu ketepikan setiap bulan.
Manfaat Asas
Kematian: Kami akan membayar jumlah yang dilindungi dan nilai baki di dalam
Akaun Unit Peserta (PUA) (2), Akaun Khas Individu (ISA)(3)
dan Akaun Unit Pelaburan (IUA)(4)jika berlaku kematian. Jika kematian disebabkan oleh bunuh diri pada
tahun pertama sijil, manfaat kematian tidak akan dibayar, namun nilai baki di
dalam PUA, ISA dan IUA akan dikembalikan.
Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD): Jumlah perlindungan akan dibayar
jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh kepada peserta sekiranya beliau
belum mencapai umur 60 tahun. Unit-unit di dalam PUA dan IUA serta nilai ISA
akan kekal di dalam akaun anda. Kami tidak akan membayar manfaat ini sekiranya
ia disebabkan oleh:
- percubaan membunuh diri atau kecederaan yang dilakukan sendiri semasa siuman atau tidak siuman
- penglibatan dalam penerbangan udara (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) selain daripada sebagai anak kapal atau penumpang yang membayar tambang di atas kapal terbang pembawa penumpang komersial yang berlesen dan beroperasi dalam laluan yang berjadual.
Sekiranya anak anda meninggal dunia atau mengalami TPD sebelum berusia
5 tahun, kami akan membayar sebahagian Jumlah Dilindungi seperti berikut:
Usia anak anda di hari lahir % Jumlah Dilindungi
akan datang
1 tahun 20%
2 tahun 40%
3, 4, 5 tahun 60%, 80%, 100%
(2) PUA adalah akaun di mana unit-unit diperuntukkan, berdasarkan amaun berkaitan sumbangan yang
dibayar.
(3) ISA adalah akaun di mana sumbangan manfaat tambahan diperuntukkan.
(4) IUA adalah akaun yang diunitkan di mana Takaful Saver dan sumbangan tambahan tunggal
diperuntukkan.
Manfaat Opsional dan Tambahan (5)
Sebagai tambahan kepada perlindungan asas yang disediakan di dalam
pelan, anda boleh memilih untuk menambah manfaat opsional bagi
mempertingkatkan lagi perlindungan yang ditawarkan oleh pelan Takafulink.
Di antara rider yang disediakan dengan Takafulink adalah:
Rider melalui Potongan Sebahagian Unit (UDR)/Manfaat Opsionalhmv:
Rider melalui Potongan Sebahagian Unit (UDR)/
Manfaat Opsional
• Crisis Shield
Rider melalui Sumbangan Berbayar (CPR)/Manfaat Tambahan
• Compassionate Benefit
• Accidental Death and Disablement
• Medical Cover
• Hospital Benefit
• Crisis Cover Plus
• Disability Provider
• Takaful Saver
• Contributor
• Parent Contributor
• Takaful Saver Contributor
• Takaful Saver Parent Contributor
• Takaful Health
• Annual Limit Waiver
• Accidental Medical Reimbursement
Nota: Dengan memilih manfaat-manfaat opsional dan tambahan, unit-unit
tambahan mungkin akan ditolak dari akaun anda dan prosid dikreditkan ke
dalam Dana Tabarru’ (untuk UDR) atau sumbangan tambahan diperlukan
untuk CPR.
Bagi Keperluan Simpanan Anda
Kami juga akan membantu merancangkan simpanan anda dengan menyediakan
beberapa dana bagi tujuan pelaburan anda.
Sebahagian daripada sumbangan anda akan diagihkan untuk membeli
unit-unit dari dana Takafulink yang anda pilih. Sumbangan ini diagihkan mengikut
tahun sijil dan peratusan sepadannya.
Tahun Sijil 1 2 3 4 5 & 6 7 & ke atas
Pengagihan 40% 50% 65% 70% 90% 100%
Sumbangan
Jadual di atas adalah untuk sijil bertempoh 20 tahun ke atas. Untuk
tempoh yang kurang daripada 20 tahun ia akan ditingkatkan dengan
sewajarnya. Sila rujuk kepada sijil Takaful anda untuk keterangan lanjut.
Sijil ini mungkin melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan
sebanyak RM3,000.
(5)Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada Buku Maklumat Tambahan/Rider
yang disediakan oleh ejen perkhidmatan anda.
Dana-Dana Takafulink
Pilihlah dana-dana Takafulink yang diluluskan oleh Shariah yang dapat memenuhi
keperluan pelaburan dan daya toleransi risiko anda.
Takafulink Dana Bon
- Bertujuan untuk memberi pengumpulan dana dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam sekuriti Shariah yang diluluskan.
- Untuk para peserta yang inginkan risiko rendah ke sederhana dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.
Takafulink Dana Urus
- Ini adalah satu dana yang diuruskan untuk memaksimumkan pulangan didalam jangkamasa sederhana ke panjang. Ia dicapai dengan pelaburan di dalam saham dan sekuriti berlandaskan Shariah melalui Takafulink Dana Ekuiti dan Takafulink Dana Bon serta dana-dana Takafulink yang lain yang mungkin disediakan di masa hadapan.
- Dana ini adalah untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi sederhana ke tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.
Takafulink Dana Ekuiti
- Bertujuan untuk memaksimumkan pulangan di dalam jangkamasa sederhana ke panjang melalui pelaburan di dalam saham berkualiti tinggi Shariah yang diluluskan dan yang tersenarai di Bursa Malaysia.
- Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa sederhana ke panjang.
- Bertujuan untuk memberi pulangan dana dalam jangkamasa panjang dengan melabur di dalam pelaburan Shariah melalui pendedahan ke China dan wilayah sekitarnya.
- Untuk para peserta yang mempunyai daya toleransi risiko tinggi dan ingin melabur di dalam jangkamasa panjang.
Lebihan Pengunderaitan & Perkongsian
Keuntungan Pelaburan
pengunderaitan dari Dana Tabarru’, sekiranya ada,
manakala baki 30% akan diperuntukkan sebagai Rizab
Luar Jangkaan di dalam Dana Tabarru’ tersebut. Lebihan
pengunderaitan ini akan diagihkan kepada para peserta
dengan mengkreditkannya ke dalam ISA dan melalui
pembelian unit tambahan di dalam PUA. Keuntungan
pelaburan dari Dana Tabarru’ dan ISA akan dikongsi di
antara para peserta dan PruBSN pada kadar 70:30
Apakah Cajnya (6) ?
Takafulink adalah berdasarkan Model Wakalah di mana PruBSN akan menolak
Caj Wakalah dari sumbangan sebelum ianya diagih/dikreditkan ke dalam PUA,
ISA dan IUA. Untuk sijil/rider yang bertempoh 20 tahun ke atas, sila rujuk kepada
jadual berikut:
Tahun Sijil 1 2 3 4 5 &6 7 & seterusnya
Caj Wakalah 60% 50% 35% 30% 10% –
Sekiranya tempoh sumbangan adalah kurang daripada 20 tahun, PruBSN akan
mengurangkan caj dengan sewajarnya dan akan memperuntukkan peratusan
yang lebih tinggi ke dalam akaun PUA dan ISA anda.
Sebahagian daripada caj Wakalah akan digunakan untuk komisen ejen dan
perbelanjaan berkaitan dengan pengedaran.
Lain-lain caj termasuk:
Caj Perkhidmatan
• Perbelanjaan perkhidmatan pensijilan yang akan didebitkan dari PUA.
• RM5 dibayar setiap bulan.
Caj Pengurusan Aset
- Terdiri daripada perbelanjaan pengurusan pelaburan bagi PUA dan IUA.
- Caj ini dikenakan setiap hari berdasarkan nilai dana yang sepadan dan akan dikemukakan di dalam harga unit.
- Bagi setiap Dana Takafulink, cajnya adalah seperti di bawah dan ia tertakluk kepada semakan pada masa hadapan
Dana Takafulink Caj Pengurusan Aset (%)
Takafulink Dana Bon 0.5% setiaptahun
Takafulink Dana Urus 1.3% setiap tahun
Takafulink Dana Ekuiti 1.5% setiap tahun
Takafulink Dana Ekuiti Dinasti 1.5% setiap tahun
(6) Yuran dan caj mungkin berubah dari masa ke semasa di mana tempoh notis 90 hari akan diberi.
Caj Pengurusan Risiko
- 30% daripada Tabarru’ Kasar akan ditolak setiap bulan untuk caj pengendalian Dana Tabarru’.
Tabarru’
- Mewakili amaun yang sanggup disumbangkan oleh seseorang peserta bagi kebaikan bersama semua peserta yang layak menerima manfaat tersebut.
- Levi bulanan adalah berdasarkan umur anda, jantina, adakah anda seorang perokok, kelas pekerjaan (sekiranya berkaitan) dan jumlah perlindungan.
Nota Penting
- Produk takaful ini terikat dengan prestasi aset-aset asas. Ia bukan satu produk pelaburan tulen seperti unit amanah.
- Sijil ini tidak akan memperuntukkan jumlah manfaat daripada Dana Tabarru’ pada penamatan, luput atau matangnya sijil ini.
- Manfaat dana pelaburan adalah berdasarkan prestasi sebenar dana itu dan ia tidak dijamin.
- Risiko pelaburan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemilik sijil dan manfaat yang diterima mungkin kurang daripada sumbangan yang disumbangkan di dana pelaburan.
- Sekiranya anda ingin meneruskan perlindungan takaful apabila anda berhenti membuat sumbangan kepada pelan ini, adalah penting untuk anda memberi kebenaran untuk memotong Tabarru’, Caj Perkhidmatan dan Caj Pengurusan Risiko bagi Manfaat Pilihan (sekiranya ada) dan Manfaat Perlindungan Tambahan (sekiranya ada) daripada akaun anda. Tanpa kebenaran ini, Manfaat Pilihan dan/atau Manfaat Perlindungan Tambahan yang telah anda pilih akan dihentikan walaupun terdapat unit yang mencukupi di dalam akaun anda.